Wednesday, 15 August 2012

Resepi Kek Coklat

http://sweetmamaok.blogspot.com/resepi
Bahan-bahan:
** Bahan untuk digaul sekali dalam bekas
 1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
 
** Bahan untuk dipanaskan dalam periuk.
1 cawan gula
1 cawan susu cair @ susu segar
1 cawan minyak
¾ cawan serbuk koko (nik guna Van Houten, sedap skit)
½ cawan susu pekat manis
3 biji telur - blend je senang

Cara Penyediaan:
1.Panaskan kukusan.
2.Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
3.Satukan gula perang, susu coklat, minyak dan serbuk koko dalam sebuah periuk kecil. Panaskan atas api kecil sambil dikacau sehingga semua bahan larut. Tutup api dan biarkan sejuk seketika. 
4.Sementara itu, pukul telur hingga kembang.
5.Kemudian masukkan telur yang telah dipukul kedalam campuran tepung. Kacau hingga mesra. 6.Seterusnya masukkan campuran serbuk koko yang telah dipanaskan dan digaulkan hingga sebati.
7.Tuangkan adunan ke dalam loyang 8” yang telah digris dengan minyak atau dilapik kertas minyak. 8.Tutup loyang dengan kerajang aluminium untuk elakkan air dari wap kukusan masuk ke dalam kek.
9.Masukkan Loyang ke dalam kukusan dan kukus selama satu jam.
10.Tutup api, keluarkan loyang dari kukusan dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.
 Selamat Mencuba ek..

Selamat Hari Raya Aidilfitri Sahabat Semua..


Sunday, 12 August 2012

Puding Roti @ Puding Karamel @ Puding Gula Hangus

Hari ni saya ingin berkongsi resepi Puding Karamel...

Bahan-Bahan :
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
telur gred A 8biji atau 10biji kalu gred C
1 susu esen vanilla
4 keping roti
*** Kesemua bahan ini diblend

Untuk Gula Hangus :
Panaskan 10 sudu gula dalam periuk kecil hingga cair dan tambah sedikit air ( berhati-hati ketika tambah air tu ek) ... Pas tu transfer dalam loyang.


Apabila sudah diletakkan gula hangus dalam loyang, tuangkan bahan2 yang telah diblend td dan kukus selama 45 minit - 1 jam..

Selamat Mencuba.. :)



Agar -Agar Santan

Bahan- Bahan A :
1 liter air
1 cawan gula
2 helai daun pandan
10 gram serbuk agar

**** Semua ini dimasak atas api sehingga sebati

Bahan- Bahan B :
200 ml santan
secubit garam
1 biji telur

**** Bahan kedua ini dikacau dalam satu mangkuk


Cara masakan:
- Apabila bahan A sudah sebati, masukkan pula bahan B dan kacau sehingga nampak ketulan santan./ Tutup api dan tuangkan kedalam bekas. Sejukkan sebentar sebeleum masukkan ke dalam peti sejuk.


 Selamat Mencuba... :)






Selamat Datang

Assalamualaikum w.b.t...

Disini, saya ingin mengucapkan selamat berkenalan kepada semua. Saya baru dalam bidang blog ni. Dalam blog ini, saya ingin bersama-sama kongsi maklumat yang boleh diguna pakai dalam menjalankan kehidupan seorang wanita yang memainkan peranan sebagai seorang isteri, ibu, anak dan sahabat. 

Diharap semua dapat memberi tunjuk ajar dan segala salah dan silap harap dimaafkan. Akhir kata, selamat berkenalan dan ayuhh..kita majukan diri demi keluarga, sahabat dan hamba Allah. Amin... InsyaAllah.. ;)